Tuesday, February 2, 2016
Mesyuarat Penyelarasan Program Sekolah Projek Angkat Seni Budaya ISMMA 2016
Program : Mesyuarat Penyelarasan Program Sekolah Projek Angkat Seni Budaya ISMMA 2016
Tarikh : 27 Januari 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anjuran : Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Kerjasama : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Program Sekolah Projek Angkat Seni Budaya ISMMA merupakan projek induk Institut Seni Malaysia Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Setiap minggu jurulatih tari, biola, gendang warisan dan juga vokal akan dihantar ke sekolah - sekolah menengah dan rendah yang terpilih untuk memberi latihan secara percuma kepada para pelajar. Terdapat juga latihan insentif yang biasa diadakan pada cuti persekolah setiap penggal.
Matlamat program ini diadakan ialah bagi membentuk sebuah kumpulan kesenian yang terdiri dari pada pelajar - pelajar sekolah. Selain itu, memberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan pendekatan terhadap seni secara terarah dan terancang juga memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap seni budaya Melayu dan kontemporari. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan serta mencungkil bakat - bakat generasi baru untuk menjadi pelapis kepada seniman terdahulu.
Bagi tahun ini program ini melibatkan 4 sekolah menengah dan juga 9 sekolah rendah di dalam negeri Melaka. Sekolah - sekolah yang terpilih kebiasaannya daripada komitmen para guru dan pelajar terhadap minat dalam seni budaya.
Wednesday, January 27, 2016
BENGKEL LAKONAN DAN PUISDRA
Program : Bengkel Lakonan dan Puisidra
Tempat : Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong
Tarikh : 22 Januari 2016 - 24 Januari 2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anjuran : Institut Seni Malaysia Melaka dan Lembaga Bahasa Melayu
Kerjasama : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan Lembaga Bahasa Melayu Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Melaka telah mengadakan Bengkel Lakonan dan Puisidra tahun 2016 pada 22 Januari hingga 24 Januari 2016 bertempat di Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) Ybhg. Prof Datuk Wira Abd. Latiff bin Abu Bakar manakala majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rubaiya binti Abu Nawas, Pengetua SMK Paya Rumput.
Seramai 58 orang peserta telah menjayakan program ini yang terdiri daripada pelajar SMK Paya Rumput, Universtiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan aktivis teater yang terdiri daripada golongan belia negeri Melaka
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk minat golongan belia di negeri Melaka terutamanya pelajar sekolah serta pelajar institut pengajian tinggi dalam seni lakon dan puisidra. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat - bakat lakonan dan memberikan teknik - teknik lakonan kepada golongan belia serta memupuk rasa cinta kepada puisi melayu yang semakin dilupakan oleh golongan belia sekarang di dalam bentuk puisidra.

Wednesday, January 13, 2016
PAKEJ-PAKEJ PERKHIDMATAN KEBUDAYAAN ISMMA
- ACARA SAMBUTAN
- Tepak Sireh/Panglima/Sireh Junjung
- Pengiring 1 Malaysia
- Gendang Sambutan Melayu
- Gendang 1 Malaysia (Melayu/Cina/India)
- Gendang Silat
- Rebana Ubi
- Rebana Keras
- Gamelan
- Kertuk
- Kompang
- PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
- Tarian
- Silat
- Muzik Asli/Dondang Sayang
- Mini Kombo
- Penyanyi
- Kumpulan Nazam/Marhaban
- Kumpulan Nasyid
- SEWAAN
- Gong Perasmian (Besar)
- Gong Peramiana (Kecil)
- Peralatan Muzik
- Busana/Aksesori Tarian
- SONGKET RASMI NEGERI MELAKA
- Sampin Polyster Tenun Mesin
- Sampin Sutera Tenun Mesin
- Sampin Polyster Tenun Tangan
- Sampin Sutera Tenun Tangan
- Sampin Polyster Mesin (Corak Baru)
- Kain Sarung dan Selempang Sutera Wanita
- BUKU
- Buku Pantun Dan Ungkapan Indah Adat Perkahwinan Melayu
- Busana Melayu Serumpun
- Busana Melaka.
- Kepimpinan Adat Perkahwinan Melayu Melaka
- Kepimpinan Adat Melayu Serumpun
Subscribe to:
Posts (Atom)